Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Muhammad
Ibn Khaldun al-Hadrami. Nama Khaldun berasai dari keturunan Khalid bin Uthman
iaitu seorang tentera Yaman yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia, nama Khalid bertukar
kepada Khaldun.
Dilahirkan di Tunisia pada tahun 732H/1332M dan meninggal
dunia di Kaherah, Mesir pada 808H/1404M. Ayahnya seorang ulama, ahli bahasa dan
seorang pemerintah tentera. Beliau telah kehilangan ibu dan ayahnya akibat
wabak kusta yang melanda kampungnya.
Berketurunan Arab dari Yaman yang berhijrah ke Andalus.
Berpindah ke beberapa tempat iaitu Algeria,
Fez, Granada,
Bougie dan Mesir apabila Tunisia
dilanda wabak taun.
Beliau merupakan seorang yang tekun dalam menuntut ilmu
walaupun sibuk menjalankan tugas pentadbiran. Beliau telah mempelajari
ilmu-ilmu agama seperti fikah, tafsir, hadis dan ilmu-ilmu naqli seperti logik,
falsafah, matematik dan bahasa Arab.
Beliau juga merupakan pemikir Islam terulung dalam bidang
sejarah, sosiologi, politik dan agama. Semasa kecil beliau dididik oleh ayahnya
dan dihantar berguru dengan ramai sarjana Islam yang hebat di Tunisia.
Ketika muda beliau suka merantau, bekerja dan menyertai
bidang politik sehingga pernah dipenjarakan akibat fitnah oleh orang yang
cemburu melihat beliau sering berdamping dengan pemimpin.
Ibnu Khaldun pernah memegang beberapa jawatan penting
seperti pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan di Istana Faz, menjadi Hajib
(sama taraf Perdana Menteri), menjadi kadi dan khatib, menjadi orang tengah
antara perang perebutan kuasa kerabat diraja dan menjadi Hakim Mahkamah Raja di
Mesir.
Ibnu Khaldun dianggap oleh sarjana Barat sebagai tokoh dan
ahli fikir yang tiada bandingannya dan memberi sumbangan besar kepada manusia
di dunia seperti mana yang dinyatakan oleh Toynbee.
Ibnu Khaldun dianggap seorang ahli falsafah sejarah dan
sarjana teragung sepanjang zaman. Beliau menggunakan kaedah penyelidikan yang
mirip kepada kaedah sosiologi di mana beliau menekankan sifat-sifat semula jadi
dan sebab-sebab peristiwa sejarah berlaku. Beliau membahagikan sejarah kepada 2
iaitu sejarah am dan sejarah khas.
Ibnu Khaldun menekankan aspek-aspek dalaman bagi sesuatu
peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat,
tidak seperti ahli sejarah sebelumnya.
SUMBANGAN OLEH
IBNU KHALDUM
1. Penglibatan
dalam aktiviti Sosial dan Politik
Beliau pernah menyandang
beberapa jawatan dan pernah berkhidmat dengan beberapa orang pemerintah di
Utara Afrika dan di Andalus.
Banyak menyandang jawatan
penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin Abi Yahya dan
Sultan Abu Annan; Anggota Majlis Ilmiah; Anggota Jabatan Setiausaha Sulit
Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada; Perdana
Menteri (Hajib) Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah).
Jawatan tersebut memberi peluang
untuk berkhidmat kepada negara dengan lebih berkesan.
2. Bidang ilmu
dan pemikiran Islam
Berjaya menganalisis sejarah
dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan.
Memberi
panduan yang terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun.
Berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani
dengan jasmani.
Merupakan
pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah,
politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
Para sarjana
mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau
sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah,
judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.
Sebuah
anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu
Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di
dalam sebuah universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.
3. Karya Agung Ibnu Khaldun
Al-Muqaddimah merupakan karya agung Ibnu Khaldun dalam
bidang pensejarahan. Mengikut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis
mengenai metadologi sains kebudayaan yang penting dan buku ini dapat membantu
ahli sejarah dalam penghasilan kajian yang benar dan ilmiah.
Buku ini membahaskan secara terperinci tentang sejarah dan
persejarahan. Buku ini setebal lebih kurang 700 helai muka surat.
Buku Muqaddimah ini dibahagikan kepada enam bab. Kandungannya
ialah:
Bab satu - risalah umum tentang masyarakat dan pertumbuhan
umat manusia
Bab dua - kehidupan desa masyarakat badwi atau primitif
Bab tiga - mengenai negara, pemerintahan raja dan institusi
khalifah
Bab empat - tentang perkembangan
kota-kota dan negeri-negeri serta cara
membezakan antara satu kota dgn kota
Bab lima - ekonomi penduduk
sesuatu tempat
Bab enam - cara mempelajari ilmu
pengetahuan dan pendidikan
Isi kandungan buku ini juga
terbahagi kepada bahagian asasi dan tidak asasi:
Bahagian asasi - disiplin
falsafah, falsafah sejarah dan falsafah sains sosial
Bahagian tidak asasi - geografi,
kebudayaan, politik, agama, peradaban dan ilmu pengetahuan
Muqaddimah ialah sumbangan yang
agung dalam bidang pensejarahan yang merupakan percubaan awal ahli sejarah
untuk memahami perubahan yang berlaku pada organisasi politik dan sosial
manusia.
Buku ini merupakan percubaan
awal ahli sejarah untuk memahami pola perubahan yang berlaku kepada organisasi
politik dan sosial manusia. Buku ini juga menjadi suatu bahan kajian yang
menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan yang
analitikal dan terperinci.
4. Pengasas
falsafah sejarah
Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah
sebagai catatan atau maklumat tentang masyarakat manusia, iaitu
perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat manusia seperti kemarahan,
kebiadaban, revolusi, perasaan setia kawan dan pemberontakan sehingga
mengakibatkan terbentuknya kerajaan, negara dan rakyat, wujudnya pelbagai
kegiatan dan pekerjaan mansuia, pelbagai aspek ilmu pengetahaun dan
pertukangan, dan secara umumnya berkenaan semua perubahan yang dialami oleh
manusia.
Secara ringkas daripada definisi
di atas, sejarah dan masyarakat adalah satu kesatuan yang mempunyai kesamaan
realiti yang berhubung kait antara satu sama lain.
Konsep ini berbeza dengan
pendapat Herodotus, seorang ahli sejarah Yunani yang mengatakan bahawa Tuhan
telah campur tangan secara langsung dalam menentukan sejarah manusia dan bukan
manusia itu sendiri yang menentukan sejarahnya.
Ibnu Khaldun telah menetapkan
beberapa prinsip untuk sejarah. Contohnya, apabila mengkaji sesuatu peristiwa
kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan, seseorang individu perlu memastikan
penglibatan sebab dan akibat kejadian itu berlaku.Keadaan ini menunjukkan
hubungan secara langsung antara sebab dan akibat.
Menurut beliau, manusia sendiri
yang menentukan sejarahnya kecuali mereka yang melanggar hukum Allah sama ada
hukum tersurat dalam wahyu atau tersirat dalam hukum alam akan ditentukan
Allah.
Berjaya memurnikan ilmu sejarah
dengan menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada
sesuatu laporan yang tidak terbukti kebenarannya.
Menggariskan empat perkara yang
perlu dilakukan sejarawan dalam penelitian dan analisis laporan sejarah:
- Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan musabab.
- Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku.
- Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
- Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
5. Sebagai
Budayawan
Merupakan penggiat budaya dan
kesusasteraan Arab. Pengajian kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad
Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam bersyair.
Banyak menghasilkan syair
semenjak kanak-kanak lagi. Kemahiran Ibnu Khaldun dalam bidang syair jelas
kelihatan dalam karyanya al-Muqaddimah apabila beliau membahaskan tentang syair
Arab.
6. Bapa Ekonomi
Islam
Ibnu Khaldun dikenali juga
sebagai “Bapa Ekonomi Islam” kerana pemikirannya tentang teori ekonomi
yang logik dan realistik.
Teori yang dikemukakannya jauh
lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh pakar
ekonomi Barat spt Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823).
Ibnu Khaldun telah mengutarakan
beberapa prinsip dan falsafah ekonomi spt keadilan, hardworking, kerjasama,
kesederhanan dan fairness. Beliau menegaskan bahawa keadilan merupakan tulang
belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi.
Ibnu Khaldun melihat manusia
sebagai memerlukan pengetahuan ekonomi utk memenuhi misinya di ats muka bumi. Manusia
perlu menjauhi perbuatan jahat sebaliknya perlu mengikut ajaran Islam dan mesti
memberikan keutamaan kpd kehidupan akhirat.
Beliau juga mengemukakan teori
bahawa perekonomian sentiasa berada dlm keseimbangan antara penawaran dan
permintaan. Menurut beliau faktor pengeluaran spt tanah telah tersedia, faktor buruh
masih dianggap faktor terpenting dlm proses pengeluaran.
Ibnu Khaldun juga berpendapat
bahawa kenaikan paras harga barangan yang tetap amat perlu utk mengawal tahap
produktiviti.
dikutip dari http://cikgustpm.blogspot.co.id/2013/05/sumbangan-ibnu-khaldun-dalam-bidang.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar